Bikesrepublic

Harley-Davidson Ganti Bronx Dengan Custom 1250 Sportster Untuk 2021

Baru-baru ini, Harley-Davidson didakwa telah membatalkan pengeluaran Bronx untuk 2021 susulan rombakan Hardwire yang dilaksanakan syarikat itu.

Sebelum ini, Harley-Davidson telah mengesahkan hanya Pan America akan dibawa ke peringkat pengeluaran untuk 2021 manakala Bronx ditangguhkan sementara waktu.

Bagaimanapun, rata-rata berpendapat Harley-Davidson telah membatalkan sepenuhnya model tersebut.

Dalam perkembangan terkini, HD bakal menggantikan Bronx dengan Custom 1250 Sportster untuk kalendar 2021 susulan model itu ditayangkan semula di laman sesawang Harley-Davidson sejak didedahkan julung kalinya dua tahun lalu.

Meskipun maklumat mengenai jentera ini terbatas namun model ini dilihat menawarkan rekaan minimalis atau ‘naked’ namun bernadikan enjin 1250cc Revolution Max yang memfokuskan pada tork tinggi.

Ini bermakna Harley-Davidson bakal menawarkan dua model untuk 2021 menerusi Pan America dan Custom 1250cc melainkan, pengeluar motosikal itu turut merancang memperkenalkan HD 338R hasil kerjasama dengan Qianjiang Motorcycles.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube