Bikesrepublic

Harley-Davidson Ingin Membeli Ducati? Siap Sedia RM7.2 Billion

 

  • Menurut laporan terkini, Harley-Davidson telah diwar-warkan ingin membuat bidaan untuk mengambil alih Ducati dari Volkswagen Group.
  • Volkswagen yang telah merancang untuk melunaskan beberapa aset utama mereka termasuk Ducati semenjak skandal emisi mereka pada tahun 2015 yang lalu.
  • Pembidaan untuk memiliki Ducati telah ditetapkan pada €1.5 Billion (kira-kira RM7.2 Billion) yang mana VW akan mula menerima bidaan daripada bakal pemilik bermula pada bulan Julai.

Menurut satu laporan terkini yang telah disiarkan oleh Reuters, Nama berprofil tinggi yang terkini yang telah diura-ura membida sebagai pemilik baru Ducati ialah tidak lain dan tidak bukan Harley-Davidson. Semenjak Volkswagen Group menerima tamparan hebat akibat drama penipuan emisi mereka, mereka telah berusaha untuk melepaskan beberapa aset yang dimilikinya dan Ducati adalah salah satu aset yang ingin mereka jual.

Walaupun telah terdapat banyak khabar angin dan nama-nama yang telah dilontar sebagai mereka yang akan atau sepatutnya menjadi pemilik syarikat pengeluar motosikal premium gergasi merah ini, laporan terkini dari Reuters ini membayangkan yang pengeluar ikonik dari Amerika ini mempunyai potensi besar untuk mengambil alih Ducati dari tangan VW.

Walaupun laporan itu tidak menyatakan sumber maklumat berkenaan, kita sudah sedia maklum bahawa harga yang telah ditetapkan untuk menjadi pemilik Ducati yang baru adalah pada €1.5 Billion. Dengan kadar pertukaran matawang hari ini, jumlah itu terletak pada sekitar RM7.2 Billion. Jumlah ini telah dianggarkan oleh Goldman Sachs ketika berita mengenai jualan ini telah kami sampaikan pada bulan April yang lalu.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengapa VW Group ingin menjual Ducati.

Menurut sumber yang lain, pembidaan ini akan mengambil tempat dalam suatu masa dalam bulan Julai ini, di mana kita akan dapat melihat sendiri siapakah yang akan memiliki pengeluar motosikal Itali terbesar (dan antara yang terbaik) ini. Segala tanggungjawab kewangan dari segi jualan, bidaan, dan sebagainya kini dikendalikan oleh firma perbankan Evercore yang telah dilantik oleh Volkswagen untuk tujuan ini.

Dengan hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum kita memasuki bulan Julai, masa depan Ducati kini terletak di tangan pemilik barunya yang mana kita pasti mereka akan mencuba sebaik mungkin untuk mendokong penuh semangat dan dedikasi Ducati dalam menyempurnakan asas motosikal mereka. Apa yang telah pasti adalah beberapa syarikat seperti Royal Enfield, BMW Motorrad, Honda, serta Suzuki telah menarik diri dari bidaan ini dan dengan sebab yang cukup baik. €1.5 billion bukanlah jumlah sebarangan.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube