Bikesrepublic

HLYM Lancar TMax Tech Max 560 2022 – RM74,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan Yamaha TMax 560 2022 untuk pasaran tempatan dengan harga RM74,998.

Menariknya, HLYM hanya memasarkan varian tertinggi untuk pasaran Malaysia menerusi TMax Tech Max 560. Menurut HLYM, semua 35 unit kumpulan pertama TMax Tech Max ini telah pun habis dijual.

Ini merupakan TMax 560 generasi terbaru menggantikan model sebelum ini yang dipasarkan tahun lalu.

Menariknya, ketika TMax 2021 didatangkan sebagai CBU, model 2022 ini pula adalah pemasangan tempatan sepenuhnya.

Ciri terbesar adalah rekaan yang lebih sporty dengan Yamaha mendakwa TMax terbaru ini diinspirasikan dengan rekaan Supersport hasil penggunaan chasis aluminium dan tempat duduk lebih agresif.

Tahap keselesaan juga meningkat dengan penghadang angin boleh laras baharu dengan corong udara di bahagian tengah yang berfungsi mengurangkan tekanan angin terhadap penunggang.

Menariknya, rekaan lampu LED depan juga lebih sporty sekaligus mewujudkan aura lebih garang.

Yamaha turut menaiktaraf bahagian tayar dengan penggunaan rim Spin Forged yang lebih ringan berbanding model sebelumnya dan berfungsi menurunkan inersia lebih 10 peratus di bahagian depan dan 6 peratus di bahagian belakang.

Model 2022 ini juga didatangkan dengan tayar Bridgestone Battlax SC2 secara standard.

Yamaha turut mengemaskini sistem suspensi dengan penggunaan fork USD 41mm depan dan penyerap hentakan tunggal belakang baharu yang meningkatkan lagi tahap kecekapan menunggang.

Meskipun TMax 2022 ini kekal dikuasakan enijn 560cc sama yang menawarkan 47hp dan 55.7Nm namun dengan berat 218kg menjadikan skuter maxi ini paling ringan dalam kelasnya.

Turut mencuri tumpuan adalah penggunaan skrin TFT 7″ serba baharu dengan keterhubungan telefon pintar serta peta Garmin yang boleh disambung menggunakan Bluetooth/Wifi/USB.

GALERI: YAMAHA TMAX TECH MAX 560 2022

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan