Bikesrepublic

Honda ADV 150 Masuk Malaysia 2021, Dah Ada Yang Bayar ‘Booking’

Sejak berita mengenai Honda ADV 150 bakal masuk Malaysia disiarkan semalam, ada yang sudah tidak sabar menunggu.

Menurut perkongsian di ruangan komen Facebook Honda ADV 150 Malaysia, terdapat seorang netizen yang telah memuat naik resit bayaran tempahan (booking) bagi model tersebut.

Bayaran sebanyak RM50 telah dibuat di sebuah kedai motosikal yang terletak di Jitra, Kedah.

Honda ADV 150 merupakan motosikal jenis skuter yang menawarkan rekaan seperti X ADV 750 yang mengguna pakai enjin 150cc daripada PCX dan menawarkan 14.2hp pada 8,500rpm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah penghadang angin boleh laras, adaptor mengecas 12 volt dan ruang letak barang 27 liter di bawah tempat duduk serta sistem keyless.

Jika melihat pasaran di negara jiran, Indonesia, Honda ADV 150 ditawarkan dengan harga berikut:

Honda ADV 150 CBS – IDR34 juta (RM9,573)
Honda ADV 150 ABS – IDR37 juta (RM10,417)

Namun melihat kepada harga yang ditawarkan di Amerika Syarikat adalah jauh lebih tinggi sekitar USD4,299 (RM16,500), bagaimanapun, kami menjangkakan harga di Malaysia adalah sekitar harga yang ditawarkan di negara seberang.

Model ini dijangka akan tiba awal tahun depan.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube