Bikesrepublic

Honda CB500X 2017 Baru – Kini Dengan Warna Dan Ekzos Baru! Dari RM31,893

 

 

  • Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) telah mengumumkan motosikal terbaru mereka yang telah dikemaskini, Honda CB500X 2017 yang kini didatangkan dengan rekaan ekzos serba baru serta tiga warna yang baru.
  • Tiga warna baru bagi generasi terkini CB500X adalah Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red, dan Pearl Horizon White (yang boleh didapati bagi model CB500XA).
  • BSH telah meletakkan harga bagi honda CB500X 2017 yang dikemaskini ini dari RM31,893.28 (Standard) hingga RM35,391.28 (CB500XA dengan sistem brek ABS).


Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) telah memperkenalkan motosikal terbaru mereka yang telah diperkemaskini, Honda CB500X 2017. Untuk tahun ini, model yang amat dipercayai CB500X ini didatangkan dengan rekaan peredam yang serba baru beserta dengan tiga pilihan warna yang baru; Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red, dan yang terbaru, Pearl Horizon White yang khusus untuk model Honda CB500XA.

Bagi mereka yang sedang mencari jentera kembara yang sesuai, atau kenderaan dua roda untuk digunakan sebagai tunggangan ulang-alik dari tempat kerja, bolehlah meletakkan model CB500X ini dalam pertimbangan mereka kerana ianya direka untuk keselesaan penunggangan yang hebat dan juga untuk prestasinya, walaupun untuk penunggang yang baru.

Dijana oleh enjin berkembar selari sejukan cecair, DOHC, 471cc, model semasa CB500X menghasilkan 49.6hp pada 8,500rpm dan 44Nm tork pada 7,000rpm.

Apa yang menjadikan CB500X ini lebih unik adalah bahagian ‘segitiga’ aci engkol, aci utama, dan aci lawan yang agak mirip dengan enjin RR Honda dan kebanyakan struktur dalaman dan kejuruteraannya telah diangkat terus dari CBR600RR dan CBR1000RR.

Dibangunkan dengan idea untuk mengambil bahagian terbaik dari motosikal lumba middleweight dan superbike utama mereka, model CB500X ini merupakan jentera kembara middleweight muktamad yang mampu membawa anda ke mana sahaja dengan penuh gaya dan keselesaan.

Tekan pada pautan di bawah bagi membaca ulasan mendalam mengenai Honda CB500X yang telah dibuat oleh laman saudara kami, Bikes Republic.

Test-ride: 2016 Honda CB500X ABS

Mereka juga telah membuat perbandingan di antara model CB500X semasa dengan generasinya yang terdahulu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, tekan pautan yang ada di bawah.

Old vs new: Honda CB500X ABS (with video)

Dengan berat bersihnya hanya sedikit di bawah paras 200kg, model CB500X ini lincah dan dari segi ketahanan, ia mampu merentasi jarak yang agak jauh dengan tangki bahanapi 17.5 liter-nya sebelum ianya perlu berhenti untuk isian semula.

Rangkaian Honda CB500X 2017 yang terkini ini akan boleh didapati di ke semua bilik pameran Honda Impian bermula 9 Ogos 2017. BSH juga telah
mengesahkan harganya iaitu RM31,893.28 (Standard) hingga RM35,391.28 (CB500XA dengan sistem brek ABS). Kesemua harga yang diberikan adalah harga asas beserta GST.

Model ini didatangkan dengan waranti pengeluar dua tahun atau 20,000km (yang tiba dahulu).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Honda CB500X 2017, anda boleh layari www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.
Untuk melihat spesifikasi penuh model ini, TEKAN SINI.

Sumber: Boon Siew Honda

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube