Bikesrepublic

Honda CRF1100L Africa Twin Bakal Dilengkapi Kamera Hadapan

Pengeluar motosikal gergasi Jepun, Honda telah pun memfailkan lakaran paten baharu yang menunjukkan sebuah kamera dipasang pada panel depan Honda CRF1100L Africa Twin.

Kamera tersebut akan bertindak seperti kamera terdapat pada telefon pintar iaitu menggunakan sensor berbanding lensa untuk tujuan fokus dan zoom seperti dilaporkan Motorrad.

Honda juga dilaporkan telah mempatenkan tapak khas bagi menempatkan kamera tersebut yang berfungsi melindungi kamera daripada debu dan batu kecil di jalan raya.

Menariknya, paten tersebut menunjukkan kamera itu bukan di letakkan secara tetap sebaliknya secara tergantung agar dilindungi daripada gegaran yang boleh menjejaskan sistem kamera terbabit.

Meskipun lakaran ini hanya menunjukkan aplikasi pada Africa Twin namun kami yakin sistem tersebut akan turut diperkenalkan pada model ‘touring’ lain seperti NT1100, dan XADV 750. 

Pada masa sama, paten ini bukanlah 100 peratus mengesahkan sistem tersebut akan diperkenalkan pada Africa Twin namun menyaksikan pengeluar lain telah pun memperkenalkan teknologi radar seperti Ducati Multistrada V4, KTM 1290 Super Adventure S dan BMW R 1250 RT dan akan datang Yamaha Tracer 9 GT, tidak hairan juga Honda juga mengorak langkah sama.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan