Bikesrepublic

Honda Malaysia Lancar City Generasi Ke-5 – Dari RM74,191!

Honda Malaysia dengan rasminya melancarkan Honda City Generasi Ke-5 untuk pasaran tempatan, hari ini.

Honda City RS i-MMD

Honda City Generasi ke-5 yang didatangkan dengan empat varian ini pastinya akan merevolusikan kereta segmen B dengan rekaan moden, pecutan mantap di samping ciri pemanduan yang lebih maju.

Model ini juga kini tampil 111mm lebih panjang dan 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding Generasi ke-4.

Honda City Generasi ke-5

Sementara itu, varian tertinggi, RS merujuk kepada Road Sailing yang didatangkan dengan pengayaan lebih sporty dan menonjol dengan beberapa kombinasi serba baharu antaranya gril depan gloss black, front lip bercorak karbon, bumper baharu dengan diffuser, spoiler baharu dan cermin pintu gloss black.

Enjin E:HEV dengan i-MMD

Julung kalinya di Malaysia, City RS 2020 ini dikuasakan dengan i-MMD – sistem yang dikenali dunia sebagai e:HEV – yang akan memacu generasi baharu teknologi hibrid Honda yang mengutamakan alam sekitar tanpa mengorbankan pengalaman pemanduan.

Meskipun i-MMD telah pun diperkenalkan ke model Honda yang lebih premium namun para jurutera di Honda R&D telah berjaya menghasilkan platform yang lebih kompak bagi dimuatkan ke dalam kenderaan yang lebih kecil.

Lampu LED

Sementara itu varian RS dan V menawarkan lampu depan dan belakang LED dan Daytime Running Light (DRL) serta lampu fog.

Senario ini sekaligus menyaksikan City RS dengan i-MMD menawarkan 106hp dan 253Nm, tork yang lebih baik dari kenderaan Segmen-C dan setaraf Segmen-D atau enjin 2.5L.

Pada masa sama, Honda City serba baharu ini juga didatangkan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang terdapat pada tiga varian lain; V, E dan S yag menghasilkan 120hp dan 145Nm.

Honda City 1.5 V

City serba baharu juga akan didatangkan dengan teknologi Honda Sensing yang merangkumi ciri keselamatan berkelas dunia seperti berikut :

Honda Lane Watch
  • Honda LaneWatch (varian RS dan V)
  • Electric Parking Brake (varian RS)
  • Lampu LED baharu dengan DRL (varian RS dan V)
  • Rim aluminium dua tona 16 inci (varian RS dan V)

Honda City 2020 boleh didapati dengan harga berikut:

  • Honda City RS i-MMD – *Januari 2021
  • Honda City 1.5 V – RM89,800
  • Honda City 1.5 E – RM84,800
  • Honda City 1.5 S – RM76,800

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan