Bikesrepublic

Honda Raikan Ulang Tahun Ke-75 Dengan Kolaborasi Converse – RM456

Sempena meraikan ulang tahun ke-75, pengeluar motosikal terkemuka Jepun, Honda telah berkolaborasi dengan pengeluar kasut Converse bagi menghasilkan kasut edisi khas.

Mengguna pakai model popular Converse Chuck 70 Hi, Honda X Converse telah melahirkan All Star Honda RS Hi Black dan WP Hi Trico. 

Dari sudut rekaan, Honda RS Hi ini diilhamkan daripada sejarah perlumbaan Honda pada zaman dahulu dan menampilkan logo (tampalan) klasik Honda di bahagian sisi. Beberapa logo Honda juga kelihatan di bahagian lain kasut berkenaan. 

Sementara itu, WP Hi Trico pula menampilkan rekaan lebih moden dan diilhamkan daripada jaket dan topi dipakai kru dan pelumba Honda. Menurut Honda, pilihan warna juga diinspirasikan daripada Honda CB750 Four. 

Turut kelihatan logo Honda yang besar di bahagian sisi luar termasuk lencana sayap Honda. Logo Honda juga kelihatan di bahagian belakang dengan gabungan warna putih dan merah. 

Sayangnya, Honda x Converse Chuck 70 Hi ini adalah eksklusif untuk pasaran Jepun sahaja dengan harga jualan rasmi JPY14,300 (RM456) dan hadir dalam saiz lelaki dan wanita. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube