Bikesrepublic

Imam Muda Lengkap Berjubah Ditahan Beraksi ‘Superman’, YSuku Disita

Polis telah menahan lapan individu dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, hujung minggu lalu.

Lapan individu terbabit berusia seawal 14 tahun hingga 24 tahun dengan masing-masing dikesan menunggang secara berbahaya dan melakukan aksi ‘superman’.

Antara yang ditahan termasuk seorang imam muda sebuah masjid di Rantau Panjang, Klang yang berusia 20 tahun.

Lelaki tersebut ditahan ketika masih mengenakan jubah dalam satu operasi khas yang dilaksanakan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Turut ditahan bersama adalah rakannya yang berusia 22 tahun dengan masing-masing melakukan aksi ‘Superman’ dan berlumba sesama sendiri.

“Kedua-dua penunggang itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan.

“Selain itu, polis menyita dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R untuk tindakan lanjut,” jelas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain. – Kosmo

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan