Bikesrepublic

Ini 5 Benda Perlu Beli Selepas Memiliki Motosikal ‘Panas’

Menurut Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia (VTREC), Yamaha 135LC merupakan motosikal paling panas di Malaysia.

*Perbandingan statistik kecurian motosikal bagi suku pertama 2020 dan 2019

Lebih 343 unit Yamaha 135LC dilarikan pada suku pertama 2020 diikuti Yamaha Y125ZR dengan 124 unit dan seterusnya Honda C100.

Antara sumbangan terbesar kepada kecurian membabitkan model ini kerana adanya permintaan besar dalam pasaran.

*Nur Athirah menerima hadiah berupa Yamaha 135LC dari Tengku Permaisuri Selangor selepas motosikalnya (model sama) dicuri di Batu Caves.

Yamaha 135LC masih lagi antara motosikal (kapcai) paling popular di Malaysia.

Menyedari perkara ini, kami senaraikan lima (5) benda yang wajib dibeli sekiranya bercadang untuk memiliki motosikal ‘panas’.

  1. Penutup motosikal (bike cover)

Selain daripada berfungsi sebagai pelindung daripada panas dan hujan, penutup motosikal juga dapat menyelamatkan jentera menjadi sasaran pencuri.

Motosikal yang terdedah akan memudahkan pencuri mengenal pasti model lantas lebih cenderung untuk dicuri.

  1. Pengunci cakera brek (disc brake lock)

Alat yang wajib ada bagi semua jenis motosikal dari kapcai sehinggalah ke jentera berkuasa tinggi.

Pengunci cakera brek meningkatkan lagi tahap keselamatan motosikal dengan menyukarkan pencuri melarikan jentera dengan lebih muda.

Orang ramai digesa untuk mendapatkan pengunci cakera brek berkualiti bagi melidungi motosikal.

  1. Pengunci handle (handle lock)

Satu lagi alat yang harus dibeli bagi meningkatkan tahap keselamatan motosikal.

Seperti namanya, pengunci handle berfungsi dengan mengunci ‘lever’ brake bagi memastikan motosikal tidak mudah dialihkan ketika berada dalam keadaan pegun.

Jenama aksesori motosikal terkenal di Malaysia, GIVI turut memperkenalkan pengunci handle TL12 yang berkualiti dengan harga mampu milik.

  1. Alat pengesan GPS (GPS Tracker)

GPS Tracker merupakan alat yang sangat penting tidak kira untuk apa jua kenderaan terutamanya motosikal.

Motosikal yang dipasang dengan GPS Tracker dapat dikesan dengan mudah menggunakan telefon pintar sekiranaya dicuri.

Seorang pengguna Twitter turut berkongsi bagaimana dia menjumpai semula motosikal dalam tempoh dua jam selepas dicuri pada 17 Ogos lalu.

GPS Tracker boleh dibeli dengan mudah di kedai motosikal atau secara atas talian dengan harga sekitar RM100 ke atas.

  1. Skru khas kaliper brek

Kecurian kaliper brek (brake calliper) semakin menjadi-jadi di Malaysia dengan rata-rata motosikal berkuasa tinggi paling berisiko berdepan situasi ini.

Apatah lagi sekiranya kaliper brek jenama Brembo yang menelan harga ribuan ringgit untuk diganti yang kini turut popular dipakai pada motosikal kapcai?

Skru khas ini mencecah harga sekitar RM170 ke atas namun satu pelaburan yang berbaloi bagi motosikal kesayangan.

Kelima-lima benda ini sememangnya menelan sedikit kos namun berbaloi untuk pelaburan jangka panjang.

Jika boleh bertukar-tukar coverset, cermin sisi dan master pump jenis botol hampir setiap bulan apa salahnya kali ini membeli sesuatu yang boleh mengelakkan daripada jentera kesayangan dicuri supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan