Bikesrepublic

Jentera Yamaha 2020 Adalah Satu Kesilapan Besar – Vinales

Maverick Vinales menyifatkan keputusan yang salah telah dibuat dalam pemilihan jentera Yamaha 2020.

Pelumba Monster Energy Yamaha itu merekodkan petak ke-6 sewaktu sesi kelayakan GP Valencia semalam dengan rakan sepasukan, Valentino Rossi sekadar meraih petak ke-16.

Fabio Quartararo yang turut beraksi dengan jentera ‘Factory Spec’ Yamaha bersama Petronas SRT akan bermula di petak ke-11.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa Franco Morbidelli yang berjaya melakar masa terpantas untuk memulakan aksi di petak pertama.

*Jentera 2019 Morbidelli lebih konsisten musim ini.

Morbidelli – yang beraksi dengan jentera spesifikasi A 2019 – kini hanya perlukan lapan mata untuk menamatkan musim 2020 sebagai pelumba Yamaha terbaik dalam kejuaraan dunia selepas merekodkan dua kemenangan musim ini.

Senario itu sekaligus membuktikan dakwaan Vinales bahawa jentera 2019 berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding ‘factory spec’ Yamaha musim ini.

*Jentera Rossi alami kegagalan enjin di Mugello

“Bagi saya apa yang penting ketika ini adalah untuk cuba memahami apa yang perlu dilakukan bagi musim depan terutamanya membabitkan cengkaman tayar belakang,” jelasnya.

Meskipun begitu, Yamaha berdepan situasi sulit apabila pembangunan enjin baharu telah digantung sehingga hujung musim depan.

*Quartararo turut tidak terlepas alami pelbagai masalah jentera.

Yamaha juga telah dikenakan penalti susulan penggunaan injap berlainan di samping Vinales terpaksa membuka enjin keenam melebihi kuota lima enjin yang dibenarkan musim ini.

“Sayangnya kami tidak boleh menukar enjin baharu musim depan kerana enjin 2020 ini adalah satu mimpi buruk bagi kami semua. Kadang kala berfungsi kadang kala tidak sekaligus tiada aksi konsisten dari kami,” tambah Vinales. – Crash.net

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube