Umum mengetahui bahawa Modenas telah pun disahkan sebagai pengedar baharu jenama motosikal Kawasaki di Malaysia menerusi anak syarikat EMOS (Edaran Modenas).
Kawasaki menerusi sebaran terbaru oleh EMOS juga mengumumkan 20 pusat servis rasmi jenama motosikal Jepun itu di seluruh negara.
Terbaru, Modenas turut menghebahkan laman Facebook rasmi Kawasaki Malaysia yang akan berkongsi pelbagai berita dan perkembangan terbaru mengenai jenama itu disini.
Menariknya, hebahan itu turut ditemani imej serba gelap yang memaparkan sebuah jentera Kawasaki.
Berdasarkan pemantauan, model tersebut merupakan Ninja 650 yang telah dipasang dengan aksesori ‘winglet’.
Walaupun gambar tersebut mungkin sekadar tujuan promosi namun tidak dinafikan pihak EMOS sebelum ini pernah memaklumkan antara model Kawasaki yang akan dipasang disini membabitkan model 250 hingga 650cc sekaligus melibatkan Ninja 650.
Pihak Modenas sebelum ini juga pernah menayangkan Modenas Ninja 250 sekaligus mengesahkan bakal menjadi antara model yang akan dijenamakan semula untuk pasaran tempatan.
Bagaimanapun, segalanya masih lagi hanya satu spekulasi dan makluman ini hanya boleh disahkan sebaik pihak Kawasaki Malaysia/EMOS membuat pengumuman rasmi.
Dalam perkembangan sama, kami juga akan berangkat ke Gurun, Kedah bagi menemui pihak Kawasaki Malaysia untuk mendapatkan info lebih terperinci akan perkembagan jenama itu disini.
Nantikan perkembangan terbaru mengenai Kawasaki Malaysia nanti.