Bikesrepublic

Kawasaki Ninja ZX-10R 2019: Kini Dengan Lebih Kuasa!

  • Kawasaki telah mengemaskini model Kawasaki Ninja ZX-10R 2019 bagi menghasilkan lebih banyak kuasa kuda.
  • Pengemaskinian tertumpu pada valvetrain dan mengurangkan jisim bergerak.
  • Pengemaskinian ini menunjukkan kesungguhan Kawasaki dalam mengekalkan dominasi mereka di siri perlumbaan World Superbike.

Kuasa kuda. Kita tidak akan pernah puas dengan apa yang ada. Kawasaki telah mengumumkan yang model Kawasaki Ninja ZX-10R 2019 akan dikemaskini bagi mengingkatkan lagi keluaran kuasanya.

Kawasaki telah memenangi empat buah kejuaraan World Superbike, pada tahun 2013 bersama dengan Tom Sykes, dan 2015, 2016, serta 2017 bersama dengan Jonathan Rea, dan kini sedang mendahului kejohanan tahun ini dengan Rea, mereka sedari yang mereka akan berhadapan dengan saingan sengit dari Ducati dan jentera Panigale V4 baharu mereka dan kemungkinan sekali dari jentera Honda CBR1000RR pada tahun hadapan.

Kepala silinder Ninja ZX-0R baharu telah direka semula menjadi lebih padat bagi memberikannya pembakaran yang lebih pantas. Valvetrain kini akan dilengkapi dengan cam yang bergerak balas terus pada ‘finger followers’, dan bukannya dari ‘tappets’, menghasilkan pengurangan jisim sebanyak 20 peratus. Ini juga menjadikannya lebih mudah untuk memasang profil cam yang lebih agresif. Dan oleh kerana itu, enjinnya mampu mengekalkan rpm tinggi dengan lebih yakin.

Akhir sekali, sebagai tanda sebuah enjin yang dikemaskini, penutup kepala silinder akan dicat dengan warna merah.

Terdapat tiga varian bagi model Kawasaki Ninja ZX-10R 2019: asas, SE dan RR

NINJA ZX-10R

Varian asas Ninja ZX-10R 2019 akan ditingkatkan kuasanya ke 200hp, tanpa ‘ram air’. Ia dijangka mampu mencecah sekitar 210hp dengan ‘ram air’. Ia juga akan dilengkapi dengan valvetrain dan penutup kepala silinder yang dikemaskini. Selain itu ia akan didatangkan dengan Kawasaki Quick Shifter (KQS) dwi-arah, yang dahulunya hanya ada pada varian SE dan RR sahaja.

NINJA ZX-10R SE

Motosikal Ninja ZX-10R SE 2019 dianggap sebagai model utama kerana ianya adalah model homologasi perlumbaan. Selain daripada pengemaskinian valvetrain, ia akan dilengkapi dengan suspensi elektronik canggih Kawasaki (KESC), dan rim tempa Marchesini. Kawasan yang mudah tercalar akan dilindungi dengan cat ‘rawat kendiri’ ciptaan Kawasaki, seperti mana yang ada pada model Ninja H2 2019. Keluaran kuasanya mirip Ninja ZX-10R asas.

NINJA ZX-10RR

Model Ninja ZX-10RR 2019 akan dilengkapi dengan palang pemaut titanium Pankl yang mengurangkan berat sebanyak 400g berbanding model standard, mengurangkan daya inersia aci engkol sebanyak 5 peratus dan memberikan peningkatan sebanyak 600rpm. Kawasaki mendakwa ia mampu mencecah 201hp tanpa ‘ram air’. Ia akan disediakan dalam pilihan warna Lime Green dan pengilangannya terhad sebanyak 500 unit.

Varian “Performance” bagi ketiga-tiga model juga turut disediakan.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube