Bikesrepublic

Keluarga M Bertambah Dengan BMW 330i M Sport Baharu

“Kami telah memperkenalkan sedan sport premium generasi ketujuh yang terlaris di dunia pada awal tahun ini, lalu mengukir tanda aras yang baharu dalam segmen kenderaan berkenaan,” demikian kenyataan dibuat Pengarah Urusan, BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl.

BMW 330i M Sport – yang dipasang di Kulim, Kedah – dijangka akan meningkatkan lagi permintaan model tersebut yang sebelum ini merekodkan penyerahan sebanyak 350 unit dalam masa enam bulan bagi varian import.

Meskipun lahir di Kulim, BMW 330i M Sport masih mengekalkan DNA sebuah jentera premium Jerman dengan teknologi tinggi seperti varian import.

Seperti model BMW lain, perbezaan ketara yang terdapat pada model ini adalah gril ‘kidney’yang lebih besar serta set lampu belakang ang dipasang dalam bentuk L.

BMW 330i M Sport didatangkan dengan enjin 2.0L petrol TwinPower Turbo yang menghasilkan 258 hp dan 400 Nm pada 1,550rpm serta mampu merekodkan 0-100 km/j di bawah 5.8 saat.

Segala kuasa ini disalurkan menerusi transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan yang dikemas kini.

Model ini turut tampil dengan ciri aerodinamik terbaik dalam kelasnya dengan ‘drag coefficient’ berjumlah 0.23.

Antara ciri menarik terdapat pada BMW 330i M Sport:

  • BMW Intelligent Personal Assistant
  • Kunci Digital
  • Park Assist dan Reverse Assist
  • BMW Live Cockpit Professional

Pelanggan yang berminat boleh memilih warna di antara:

  • Alpine White
  • Black Sapphire
  • Mineral Grey
  • Portimao Blue (Januari 2020)
  • Sunset Orange (Mac 2020)

Pada masa sama, BMW turut menawarkan pemilikan premium yang menyeluruh:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian BMW

Singgah ke pengedar rasmi BMW menyaksikan BMW 330i M Sport yang bernilai RM288,000 dengan lebih dekat.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan