Bikesrepublic

Kes Curi Motosikal Kerap Berlaku Di Stesen KTMB Sungai Petani

Ekoran ketiadaan pengawal keselamatan dan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di pintu masuk tempat letak kenderaan, kes kecurian motosikal semakin kerap berlaku di stesen KTMB Sungai Petani dan Gurun, lapor Utusan Malaysia. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, pihaknya telah menerima 13 laporan babitkan kes kecurian motosikal di kedua-dua stesen terbabit sejak Januari lalu. 

“Untuk rekod, sebanyak 22 kes kecurian motosikal dilaporkan pada tahun 2020, manakala pada tahun lalu terdapat 10 kecurian motosikal. Antara motosikal yang kerap dilaporkan hilang adalah Honda EX5, Yamaha Y15, SYM Bonus dan Modenas Kriss,” Zaidy Che hassan memberitahu Utusan Malaysia.

Difahamkan, kes semakin menjadi-jadi sejak tiada lagi khidmat pengawal keselamatan di kawasan terbabit.

Beberapa pengguna KTMB, turut meluahkan rasa bimbang setiap kali meletakkan motosikal mereka.

“Memang takut dan bimbang menyelubungi diri terutamanya jika terpaksa meninggalkan motosikal melebihi jangkaan selepas perlu melakukan kerja lebih masa, saya harap pihak pengurusan dapat membuat tindakan pencegahan daripada kejadian ini daripada terus berlaku,” ujar Jauhari Sabtu yang menggunakan motosikal jenis Honda EX5. – Utusan Malaysia

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube