Bikesrepublic

Max Biaggi Dilantik Jadi Pengarah Sukan RNF Racing?

Baru-baru ini kem MotoGP dikejutkan dengan penarikan diri WithU selaku penaja utama pasukan RNF Racing bagi musim 2023.

Meskipun RNF Racing akan bersaing sebagai pasukan satelit Aprilia musim 2023 namun projek itu tidak berjaya menarik minat WithU yang membuat keputusan untuk berhenti bagi memberi fokus kepada sukan bola tampar.

Ini bermakna, pasukan kendalian Datuk Razlan Razali masih lagi ketiadaan penaja utama yang memainkan peranan besar dalam operasi sesebuah pasukan.

Bagaimanapun, timbul dakwaan terbaru mengatakan pelumba lagenda MotoGP, Max Biaggi akan sertai RNF Racing selaku Pengarah Sukan (Sporting Director).

Difahamkan, sekiranya dakwaan tersebut berasas maka besar kemungkinan Biaggi akan membawa syarikat tenusu Itali, Sterilgarda sebagai penaja utama RNF musim depan. 

Untuk rekod, Sterilgarda ketika ini merupakan penaja utama bagi pasukan Husqvarna Max Racing di Moto3. Max Racing merupakan pasukan milik sepenuhnya enam kali juara dunia Max Biaggi. 

Biaggi juga menggalas tugas selaku duta jenama Aprilia maka tidak hairan bekas pelumba itu dikaitkan dengan RNF yang akan bergerak sebagai pasukan satelit jenama Itali itu musim depan. 

Apa yang pasti, sekiranya benar maka perkembangan ini akan menyelesaikan isu penaja utama pasukan RNF Racing bagi musim 2023. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube