Bikesrepublic

MB Kedah Jual Volvo XC60 Kesayangan, Salur Dana Ke Palestin

Dalam usaha membantu rakyat Palestin yang sengsara ekoran serangan ganas rejim Zionis, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat keputusan untuk menjual kereta kesayangannya.

Kereta jenis Volvo XC60 2010 yang dibeli pada tahun 2018 itu pada harga RM60,000 telah dibuka untuk bidaan dan setakat semalam telah pun mencapai bidaan RM80,000.

“Kereta ini saja yang sudah selesai hutang bank. Sayang sangat kepada kereta ini, tetapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin.

“Sejak beli, saya membuat pembaikan, tukar alat ganti yang kurang elok dengan yang baharu, sedikit demi sedikit sampai rasa macam bawa kereta baharu, tetapi tidaklah 100 peratus macam baharu.

“Pendek kata, keadaan kereta ini terbaik, tak ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi jika bertukar tangan dalam aspek enjin, gearbox, suspension, melainkan absober boot belakang yang lembut sikit. Saya belum sempat bawa pergi baiki,” jelasnya.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, bidaan bagi kereta tersebut akan ditutup jam 3 petang, hari ini.

Orang ramai yang berminat boleh sertai bidaan dengan membuat bayaran terus ke Akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PAS Relief (564070614481 atau 564070612333). – BH

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube