Bikesrepublic

Miliki BMW i3s Dengan Bayaran Bulanan Serendah RM3,188!

BMW Malaysia telah memperkenalkan buat julung kalinya model BMW i3s, sebuah Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) di Pameran Auto Malaysia 2019, MAEPS, Serdang, hari ini.

Pengenalan model ini sekaligus memperkuat portfolio BMW sebagai pembekal kenderaan e-mobiliti yang terkemuka di Malaysia.

Ketua Unit Jualan BMW Malaysia, Raymond Tan melihat pelancaran ini sebagai satu kejayaan BMW dalam arena mobiliti di Malaysia.

“BMW i3s yang pertama ini membuktikan komitmen kami untuk membentuk Mobiliti Masa Hadapan di Malaysia. Secara berterusan, kami telah memacu inisiatif untuk inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat tempatan, serta kesedaran terhadap teknologi baharu dan bersih bagi industri automotif, tambahan pula membangunkan infrastruktur untuk kenderaan premium di Malaysia,” katanya.

BMW i3s ini juga sumbangan sulung BMW terhadap Polisi Automotif Nasional 2014 yang mensasarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kenderaan efisien tenaga (EEV) menjelang tahun 2022.

Sebagai tanda keprihatinan BMW dalam melahirkan kenderaan ‘hijau’berinovasi tinggi, model i3s telah dilengkapi dengan sumber dikitar semula hampir 80 peratus!

Teknologi eDrive juga memastikan model i3s menjamin emisi tempatan sifar namun masih berupaya menjana kuasa maksimum dengan 135 kW/184 kk lantas menjadikannya model luar biasa dalam kelasnya.

BMW Group Malaysia melalui usahasama GreenTech Malaysia menawarkan perkhidmatan BMW ChargeNow yang memberi akses kepada fasiliti pengecasan lain seperti ChargEV sekaligus dapat memudahkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24 jam 7 hari seminggu di seluruh negara.

BMW i3s mampu menjana kelajuan setinggi 160km/j dengan punca tork setinggi 270 Nm sekaligus mampu mencatat 0 hingga 100km/j dalam masa 6.9 saat.

BMW Group Malaysia turut menawarkan pengalaman pemilikan premium menyeluruh kepada pemilik i3s pertama yang merangkumi:

  • Waranti perbatuan tanpa had serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun oleh BMW untuk servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan
  • Aplikasi mudah alih ‘BMW Group Loyalty+
  • Servis Dalam Talian

Kepada yang berminat untuk mendapatkan model baharu ini, BMW menawarkan ‘Balloon Financing Plan’ di mana pembeli boleh memiliki pelan insuran bulanan serendah RM3, 188 (anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube