Bikesrepublic

Moto Guzzi V9 Bobber Sport Diperkenalkan Di Intermot

  • Moto Guzzi V9 Bobber Sport telah diperkenalkan di acara Intermot 2018.
  • Ianya merupakan versi V9 Bobber yang lebih sporty.
  • Model ini didatangkan dengan penyerap hentakan Öhlins dan pengemaskinian gaya.

Moto Guzzi telah memperkenalkan sebuah motosikal V9 Bobber versi sport, bergelar Moto Guzzi V9 Bobber Sport, di acara pertunjukan motosikal Intermot 2018 di Cologne, Jerman.

Versi Sport ini didatangkan dengan pelana tunggal yang lebih rendah dan paip ekzos hitam untuk rupa paras yang lebih “jahat dan suram”. Tayar hadapan besar telah dikekalkan.

Ciri lain yang dilengkapkan pada model Bobber Sport ini termasuklah pelindung fork bagi memberikan rupa paras retro, madgad hadapan yang dipotong dan lampu hadapan yang telah direndahkan beserta dengan ‘fly-screen’ aluminium baharu. Posisi menunggangnya telah dibuat menjadi lebih sporty dengan melengkapkan motosikal ini dengan palang drag yang lebih rendah, beserta ‘riser’ yang lebih rendah.

Penyerap hentakannya merupakan unit Öhlins yang boleh dilaras untuk pengendalian dan penunggangan yang dipertingkatkan berbanding V9 Bobber yang standard. Ekzos megafon akan menjadikan motosikal ini sebuah jentera yang buas mengaum.

Moto Guzzi bagaimana pun tetap mengekalkan prestasi motosikal tersebut pada tahap yang sama. Moto Guzzi V9 Bobber Sport masih dijana oleh enjin V-Twin, pautan melintang 90º, 853cc yang sama, yang menghasilkan sehingga 60hp dan 62.4Nm, berbanding enjin 850cc, 80hp baharu yang telah digunakan bagi menjana model V85 TT baharu.

Motosikal ala-bobber semakin mendapat tempat di hati penggemar sejak akhir-akhir ini. Nama “bobber” ini diambil daripada dapra motosikal tersebut yang telah dipotong pendek. Arena bobber telah dicipta oleh penunggang Amerika Syarikat pasca Perang Dunia ke-2. Walaupun Harley-Davidson telah menghasilkan motosikal ala bobber sejak bertahun lamanya, namun, ianya model Triumph Bonneville Bobber yang telah memecahkan rekod sebagai motosikal terlaris pengeluar berkenaan. Para pengeluar lain mulai mengikut jejak langkah mereka, termasuklah Moto Guzzi dengan rangkaian V9 Bobber mereka.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan