Bikesrepublic

MotoGP: Apa Itu Long Lap Penalty ?

Kredit foto: Twitter@Autosport

Bagi yang mengikuti perkembangan MotoGP yang bakal membuka tirai 10 Mac ini di Litar Losail, Qatar, pastinya ramai yang tertanya-tanya (kalau tak tanya pun boleh baca bagi tambah ilmu) apa sebenarya Long Lap Penalty (LLP) yang disebut-sebut bakal mewarnai saingan musim ini?

LLP merupakan sistem baharu yang akan diguna pakai musim ini dimana pelumba harus melalui kawasan yang bertanda di litar – sekiranya didapati melakukan ‘track limit violation’ – sekaligus berdepan kehilangan masa beberapa saat.

Hukuman ini akan membawa kepada kehilangan masa yang lebih konsisten berbanding mengarahkan pelumba untuk turun satu kedudukan seperti sebelum ini.

Kredit foto: Twitter@MotoGP

LLP telah pun dilaksanakan dengan jayanya ketika sesi ujian di Qatar dengan para pelumba menerima baik sistem baharu itu.

Sekiranya dikenakan LLP, pelumba diberi tiga pusingan untuk melalui kawasan bertanda di atas litar namun sekiranya pelumba tidak dapat melengkapkan penalti tersebut – terutamanya jika perlumbaan dilayangkan bendera merah – pegawai perlumbaan akan mengambil kira prosedur lain.

Difahamkan, hukuman tersebut bertujuan untuk menangani masalah ‘track limit violations’- percubaan untuk mencatat masa lebih baik dengan meninggalkan litar.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan