Bikesrepublic

MotoGP: Dorna-FIM, Tinjau Litar Jalan Raya Mandalika

Pihak Dorna dan FIM telah terbang ke Indonesia bagi meninjau perkembangan litar MotoGP Mandalika, pada Isnin.

Menurut laporan, wakil Dorna dan FIM akan berkunjung ke Indonesia sebelum terbang ke Eropah bagi pusingan ketiga MotoGP bagi melihat dengan lebih dekat litar jalan raya Mandalika.

Perkara itu disahkan wakil Mandalika Grand Prix Association (MGPA),Dyan Dilato.

“Isnin ini (semalam), Dorna dan FIM akan terbang dari Qatar bagi melakukan pemeriksaan. Mereka telah pun menyaksikan litar ini dari rakaman ‘drone’ namun mereka mahu melihat dengan lebih dekat.

“Sebagai persiapan bagi proses homologasi pada Jun 2021, kami perlu menjalankan pemeriksaan litar terlebih dahulu,” jelasnya.

Litar Mandalika merupakan satu-satunya litar dalam simpanan MotoGP musim ini dan difahamkan sudah pun 55-60 peratus siap.

MGPA dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa proses turapan lapisan pertama akan berterusan sehingga Mac 2021 dengan proses turapan kedua akan disiapkan pada Mei 2021.

Sebaik mencapai homologasi mengikut jadual, Litar Mandalika boleh diguna pakai sekiranya terdapat penangguhan penganjuran MotoGP oleh litar antarabangsa lain.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan