Bikesrepublic

MotoGP: LCR Honda Nafi Dakwaan Alex Rins Kononya ‘Tak Dapat Sokongan’

Pelumba LCR Honda, Alex Rins mencetuskan rasa kurang senang di kem pasukan itu baru-baru ini apabila mendakwa tidak mendapat sokongan seperti diharapkan. 

Rins mengeluarkan kenyataan itu beberapa bulan selepas bersama dengan LCR Honda. Meskipun musim ini baru separuh jalan, Rins telah pun mengesahkan akan bersama Yamaha bagi musim 2024. 

Bagaimanapun, pengurus pasukan LCR Honda, Lucio Cecchinello menempelak kenyataan Rins dalam temu bual terbaru. 

Menurut Cecchinello, bekas pelumba Suzuki itu kemungkinan besar sudah biasa beroperasi dengan pasukan factory berbanding satelit. 

“Alex menandatangani kontrak sebagai pelumba ‘factory’ dengan HRC tetapi mengendalikan jentera factory dalam pasukan satelit sangat berbeza. Segalanya mengambil masa yang lebih lama. 

“Pembangunan di pasukan satelit tidak sama, lebih perlahan,” jelasnya. 

Sementara itu, Cecchinello akui tidak terkejut dengan keputusan Rins untuk berangkat ke Yamaha musim depan. 

“Kami tahu sebaik ada tawaran daripada pasukan factory, perkara ini akan berlaku. 

“Jadi fokus kami ketika ini adalah menilai semula pilihan yang ada. Terdapat banyak bakat muda di Moto2 untuk dipertimbangkan. Kami akan mengumumkan keputusan selepas GP Austria,” tambah Cecchinello. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube