Bikesrepublic

MotoGP: Marquez Jalani Pembedahan Kedua, Plat Titanium Didapati Rosak

Marc Marquez terpaksa menjalani pembedahan kedua dan perlu duduk di hospital lebih 48 jam susulan plat titanium yang dimasukan ketika pembedahan pertama didapati telah rosak.

Senario tersebut berlaku gara-gara dia turun beraksi ketika sesi ujian bebas dan melakukan beberapa pusingan sewaktu kelayakan di GP Andalucia dua minggu lalu.

Marquez menjalani pembedahan pertama – dengan doktor memasukkan plat titanium – ekoran kemalangan ketika aksi pembukaan GP Sepanyol, 19 Julai lalu.

Dia bagaimanapun mengejutkan ramai pihak apabila kembali empat hari kemudian di litar sama sebagai persiapan menghadapi GP Andalucia.

Namun, dia buat keputusan untuk tidak meneruskan dengan sesi kelayakan akibat mengalami kesakitan dan bercadang untuk mengambil masa jurang dua minggu sebelum GP Republik Czech untuk kembali pulih.

Malang menimpa apabila plat titanium tersebut kini didapati telah rosak atas faktor hadapi tekanan daripada Marquez sendiri sekaligus memerlukan pembedahan kedua di Barcelona.

Meskipun tulang lengan Marquez tidak terjejas namun dia wajib tinggal di hospital 48 jam untuk pantauan rapat oleh doktor.

Aksi MotoGP kembali bersambung di Brno, Republik Czech hujung minggu ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan