Bikesrepublic

MotoGP: Marquez Tarik Diri Dari Brno, Misi Pertahan Kejuaraan Terus Malap

Susulan menjalani pembedahan kedua baru-baru ini dan terpaksa berehat untuk kembali pulih, Marc Marquez disahkan akan terlepas aksi di Brno, hujung minggu ini.

Ini bermakna Marquez masih kekal dengan kutipan mata kosong selepas tiga pusingan – termasuk di Brno hujung minggu ini – sejak mengalami kemalangan dalam aksi pertama di GP Sepanyol, 19 Julai lalu.

Pengesahan tersebut dibuat pasukan Repsol Honda yang turut mengumumkan pelumba uji, Stefan Bradl akan mengambil tempat Marquez di Republik Czech.

“Selepas menjalani pembedahan kedua, HRC membuat keputusan untuk merehatkan Marc Marquez bagi memberi peluang pulih sepenuhnya,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Marquez mengalami keretakan tulang selepas insiden ‘highside’di Jerez dan menjalani pembedahan pertama dua hari kemudian.

Bagaimanapun, dia mengejutkan ramai pihak dengan MotoGP mengesahkan dia cergas untuk kembali beraksi dalam pusingan kedua di GP Andalucia.

Meskipun pamer tunggangan seperti biasa ketika dua sesi ujian bebas, dia terpaksa tarik diri ketika sesi kelayakan dengan doktor mengesahkan dia perlu menjalani pembedahan kedua tatkala plat titanium yang dimasukan ketika pembedahan pertama telah rosak.

Marquez berdepan tugas sukar untuk mempertahankan kejuaraan musim ini tatkala pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo mendahului kejuaraan dengan kutipan 50 mata selepas mendominasi GP Sepanyol dan Andalucia.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan