Bikesrepublic

MotoGP Phillip Island 2018: Maverick Viñales Akhiri Kemarau Terpanjang Yamaha!

  • Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) akhirnya telah menamatkan kemarau terpanjang Yamaha dengan satu kemenangan penuh bergaya di Phillip Island.
  • Penunggang kelahiran Sepanyol itu mengemudi jentera Yamaha M1 yang telah ditala dengan sempurna itu bagi menangkis serangan penunggang seperti Andrea Iannone (Suzuki Ecstar) dan juga Andrea Dovizioso (Ducati Team).
  • Alvaro mengejutkan semua apabila dia menamatkan perlumbaan di P4 sebagai pengganti Jorge Lorenzo yang tercedera.

Sekiranya anda telah meluangkan beberapa jam yang lalu di hadapan televisyen menyaksikan pusingan MotoGP Australia di Phillip Island, sudah pasti anda akan setuju bahawa ketiga-tiga perlumbaan bermula dari Moto3 hinggalah ke MotoGP telah dipenuhi dengan aksi dan drama. Perlumbaan MotoGP tiada bezanya di mana Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) akhirnya telah berjaya merangkul kemenangan buat pengeluar dari Jepun tersebut.

https://www.facebook.com/MotoGP/videos/314300179398148/

Setelah lebih dari setahun tanpa sebarang kemenangan (kemenangan Yamaha terakhir adalah GP Belanda 2017 yang telah dimenangi Rossi), Viñales akhirnya telah menamatkan kemarau terpanjang Yamaha dan telah memperagakan kebolehan sebenar jentera Yamaha YZR-M1 apabila ianya berfungsi pada tahap optimum. Memulakan perlumbaan dari P2, Dia meluru pantas ke posisi paling hadapan setelah beberapa orang penunggang gagal menamatkan perlumbaan, terutamanya ‘DNF’ yang telah terjadi pada Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dan Marc Marquez (Repsol Honda).

Lain pula ceritanya di belakangnya, di mana orang penunggang berprofil tinggi bertarung bagi mendapatkan tempat ke-dua. Para penunggang ini terdiri daripada para penunggang pasukan pengilang Ducati, Andrea Dovizioso dan pengganti Jorge Lorenzo, Alvaro Bautista, kedua-dua penunggang pasukan pengilang Suzuki, Andrea Iannone dan Alex Rins, dan juga Valentino Rossi.

Setelah berlakunya beberapa buah pertarungan, Andrea Iannone telah berjaya mendapat tempat ke-dua, diikuti oleh Andrea Dovizioso, dan yang telah mengejutkan semua, Alvaro Bautista di tempat ke-empat. Ini adalah hujung minggu pertama Bautista di atas jentera Desmosedici GP18 yang terkini dan dia telah membuktikan kepada semua bahawa dia merupakan seorang penunggang yang perlu diberikan perhatian apabila berada di atas jentera perlumbaan yang ditala sempurna.

Alex Rins menamatkan perlumbaan di tempat ke-lima, diikuti oleh Valentino Rossi di P6 dan penunggang tempatan, Jack Miller, juga turut berjaya menamatkan perlumbaan di parc ferme dengan keputusan terbaiknya di P7, dan penunggang persendirian terbaik secara keseluruhan. Wira tempatan itu sebenarnya telah berjaya berada bersama kelompok pendahulu pada awal perlumbaan namun secara perlahan-lahan jatuh ke tangga ke-tujuh.

Wira kebanggaan kita, Hafizh Syahrin, telah beraksi cemerlang sekali dengan tempat terbaiknya setakat ini di P8, sebelum harapan tersebut lenyap di perangkap kerikil. Berbakikan 7 pusingan perlumbaan, kemalangan itu adalah tamparan hebat buat penunggang muda negara, di mana Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) terus melebarkan jurang bagi mendapatkan gelaran “MotoGP Rookie of the Year 2018”.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya di mana kita semua bakal menuju ke “Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2018” di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 November 2018.

Sumber imej: MotoGP

Moto2 Phillip Island 2018: Brad Binder Raih Kemenangan Ketiganya Musim Ini Di Australia

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan