Bikesrepublic

Motosikal Konsep Ducati Oleh Jakusa Design Yang Lain Daripada Lain!

 

  • Jakusa Design telah mengeluarkan beberapa rekaan konsep yang menarik bagi beberapa motosikal Ducati semasa dan yang terdahulu dengan beberapa kemaskini futuristik yang cukup cantik sekali.
  • Mereka telah menghasilkan beberapa model contoh untuk model-model utama Ducati seperti Panigale, XDiavel, Desmosedici, Hypermotard, Monster serta banyak lagi.
  • Di mana kebanyakan motosikal konsep cenderung untuk kelihatan terlalu futuristik, motosikal yang telah dihasilkan oleh Jakusa Design tampak seperti ianya mampu dihasilkan dari kilang dalam masa terdekat (pada pandangan kami).


Semakin kita meniti masa menuju ke masa depan yang akan tiba, idea mengenai mod pengangkutan yang amat futuristik bukan lagi sesuatu yang hanya dapat dilihat di layar perak semata-mata. Malah, beberapa ciptaan yang hebat serta rekaan kenderaan yang mengagumkan datang dari filem, anime, dan pelbagai lagi ciptaan yang terhasil dari minda pereka grafik serta artis yang mulanya hanya bermain dalam imaginasi liar mereka sebagai terjemahan kepada pengangkutan pada masa hadapan.

Dari minda para artisnya, Jakusa Design telah merealisasikan konsep bagi memudahkan pemahaman orang ramai, dan apa yang telah terhasil amatlah mengagumkan. Projek terkini mereka ini adalah satu set motosikal konsep Ducati yang diilhamkan dari rangkaian masa kini mereka seperti Ducati Streetfighter, Hypermotard, Panigale, Desmosedici dan sebagainya.

https://www.instagram.com/p/BWugWn-joj3/?taken-by=jakusadesign

Apa yang perlu kita ingat mengenai motosikal konsep adalah ia mungkin mendapat sambutan yang hangat atau pun hambar (pada kebanyakan masanya, hambar) namun dengan sekilas pandang beberapa imej hasilan oleh Jakusa Design dan anda pasti dapat memahami yang imej ini berpotensi untuk dijadikan sebagai nyata yang akan dikeluarkan oleh pengilang dalam masa depan yang terdekat ini (tanpa ia menjadi satu angan-angan yang keterlaluan, seperti motosikal terbang yang dijana dengan enjin dorongan nuklear yang dapat mencapai halaju sehingga 500km/j dengan hanya menggunakan air tulen sebagai bahanapinya).

Jadi nikmatilah imej hasilan motosikal konsep yang begitu indah ini daripada Jakusa Design. Siapa tahu, mungkin mereka di Ducati sedang memberi tumpuan padanya lalu menerapkan penggayaannya pada rangkaian motosikal baru mereka terutamanya rangkaian pengganti Panigale janaan V4 yang akan muncul tiba tidak lama lagi.

Sumber gambar : Jakusa Design

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube