Bikesrepublic

MV Agusta Kembali Menerusi AFY Mobility , Dipasang Sepenuhnya Di Malaysia

MV Agusta telah melantik MV Agusta Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar eksklusif jenama motosikal MV Agusta di Malaysia.

Menariknya, MV Agusta Malaysia Sdn Bhd akan memasang sepenuhnya model MV Agusta di Malaysia yang akan dilakukan di Glenmarie, Shah Alam. 

Ini secara tidak langsung menjadikan MV Agusta sebagai jenama Itali premium yang pertama di pasang di Malaysia dan dijual untuk pasaran ini. 

MV Agusta Malaysia Sdn Bhd merupakan sebahagian daripada anak syarikat AFY Moblity Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Timur Sardarov mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan.

“Saya teruja dengan kerjasama terbaru ini yang menandakan perkembangan terbaru jenama MV Agusta di antaar ekonomi paling dinamik di rantau Asia Tenggara.

“Pemasangan CKD oleh rakan kongsi kami ini akan memacu tahap kompetitif (MV Agusta) di rantau tersebut, selaras dengan strategi perkembangan global ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada MV Agusta Malaysia,” jelasnya.

MV Agusta Malaysia Sdn Bhd merupakan anak syarikat AFY Mobility Sdn Bhd (AMI) yang diterajui Pengerusi Kumpulan Eksekutif AMI, Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube