Bikesrepublic

MV Agusta Lancar Superveloce Alpine – Hanya 110 Unit Dibina, RM179,900!

MV Agusta Superveloce Alpine 2021 merupakan projek kolaborasi bersama Alpine of France yang menyaksikan jentera edisi khas ini terhad kepada 110 unit seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), MV Agusta, Timur Sardarov mendedahkan rata-rata pelanggan Alpine juga merupakan peminat MV Agusta lantas tercetusnya kerjasama ini.

“Superveloce Alpine menggabungkan dua dunia termasuk aspek rekaan, personaliti dan gaya. Kami yakin jentera edisi terhad ini akan disambut baik oleh peminat dua roda dan sukan permotoran seluruh dunia,” jelasnya.

Menurut MV Agusta, Monica Design Studio telah bekerjasama dengan pereka Alpine bagi melahirkan MV Agusta Superveloce Alpine 2021 dengan menzahirkan pilihan warna Blue Alpine dan Ago Silver.

Bahagian fairing juga terpampang lencna Alpine A110.

Model ini dibina dengan bahan gentian karbon (carbon fiber) sebagai asas utama yang boleh dilihat di bahagian fairing bawah, fender depan dan belakang serta pelindung rantai manakala bahagian steering head memaparkan nombor unit edisi terhad dari 001 hingga 110.

Enjin 798cc 3-inline (kini Euro 5) menawarkan 147hp pada 13,000rpm dan 88Nm pada 10,100rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan yang boleh diakses menerusi quickshifter (up/down).

Antara ciri lain ditawarkan:

  • kerangka steel trellis dengan swingamr aluminium
  • fork depan Marzocchi (USD) 43mm
  • monoshock belakang Progressive Sach
  • tayar depan 120/70-17
  • tayar belakang 180/70-17
  • ABS Cornering Continental MK100

Sementara itu, sistem brek dikendalikan cakera brek (depan) 320mm dengan Brembo monoblock 4-piston dan 220mm (belakang) dengan kaliper Brembo 2-piston.

MV Agusta menawarkan Superveloce Alpine ini dengan harga EUR36,300 (RM179,900).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube