Bikesrepublic

Ni Hsin EV Dapat Lampu Hijau Pasang Dua Motosikal Elektrik Di Malaysia

Ni Hsin EV Tech (NHEV) telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang dan measarkan dua motosikal elektrik Ebixon TailG Bold dan TailG Torque.

NHEV dalam satu kenyataan memaklumkan pemasangan dua model CKD tersebut akan bermula pada November ini di Seri Kembangan, Selangor sebelum dipasarkan pada tahun depan.

Meskipun NHEV merupakan syarikat baharu namun Pengarah Urusan, Khoo Chee Keong meletakkan sasaran tinggi bagi motosikal elektrik keluaran syarikat itu.

“Kami menyasarkan untuk menjual 50,000 unit EBIXON EV Bikes di Malaysia dan ASEAN dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

“Permintaan untuk motosikal EV di rantau ini dijangka menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tempoh tiga hingga 10 tahun akan datang, mengatasi Eropah dan Asia Timur,” jelasnya.

Menariknya, motosikal elektrik Ebixon itu dilengkapi dengan sistem dua bateri boleh tukar dan mampu berjalan sejauh 200km.

Pada masa sama, Ebixon juga boleh dicas dengan mudah menggunakan soket pengecas konvensional dirumah atau ke stesen tukar bateri yang akan ditempatkan di lokasi strategik. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan