Bikesrepublic

PDRM Cadang Hadkan Motosikal Bawah 70cc Bagi Penunggang 20 Tahun Ke Bawah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan cadangan perlesenan baharu kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) serta Kementerian Pengangkutan.

Cadangan tersebut adalah menghadkan penunggang motosikal berusia di antara 16 hinnga 20 tahun untuk hanya dibenarkan menunggang motosikal 70cc ke bawah menjelang 2025.

Perkara itu disuarakan sendiri Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Supt Bakri Zainal Abidin.

“Kategori perlesenan baharu perlu dipertimbangkan untuk lima tahun akan datang bagi penunggang remaja yang menghadkan kepada motosikal berkapasiti kecil atau elektrik berkuasa rendah.

“Hampir setiap tahun kemalangan maut motosikal membabitkan penunggang berusia di antara 16 hingga 20 tahun dan angka itu tidak berkurangan,” jelas Bakri.

Dia turut menjelaskan bahawa motosikal ‘kapcai’ popular, Yamaha Y15ZR @ YSuku mampu mencecah kelajuan sekitar 160km/j.

“Berdasarkan operasi yang telah dijalankan saban tahun, kami mendapati ‘kapcai’ sepert ini membahayakan golongan remaja dan pengguna jalan raya lain dan Ysuku adalah salah satu contoh,” tambahnya. – FMT

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan