Bikesrepublic

Pemandu Wanita Kantoi Pamer Lesen Memandu Malaysia Palsu Di Australia

Seorang pemandu wanita warganegara Malaysia telah dihadapkan ke mahkamah Griffiith Local Court, New South Wales, Australia atas kesalahan memiliki lesen memandu Malaysia palsu.

Menurut Griffith Highway Patrol, wanita berusia 26 tahun itu telah dikesan memandu melebihi had laju di Murrumbidgee Avenue Griffith arah utara.

Wanita tersebut dirakam melakukan 113km/j dalam zon had laju 110km/j menggunakan sebuah Honda Accord.

Ketika ditahan, wanita tersebut diminta menunjukkan lesen memandu lalu mempamerkan lesen memandu yang menyerupai lesen memandu Malaysia.

Bagaimanapun, semakan pada portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JP) Malaysia mendapati wanita itu tidak memiliki sebarang lesen memandu Malaysia.

Polis Griffith kemudiannya mendapati terdapat beberapa ciri tak konsisten pada lesen memandu Malaysia tersebut sebelum wanita itu memberitahu polis bahawa dia telah meminta seseorang untuk menghasilkan lesen tersebut.

Siasatan lanjut dengan bantuan Interpol di Malaysia juga mengesahkan lesen memandu Malaysia yang dipamerkan adalah palsu. Wanita tersebut kemudiannya dihadapkan ke mahkamah pada 13 April lalu atas kesalahan memiliki dokumen palsu dan cuba mempengaruhi tugas penjawat awam. – Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube