Bikesrepublic

Pembatalan MotoGP Perlu Demi Keselamatan Semua Pihak – SIC

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antabarangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif mendedahkan pembatalan GP Malaysia merupakan keputusan yang sukar namun perlu bagi menjaminkan keselamatan semua pihak terutamanya pengunjung.

Penganjur MotoGP, Dorna telah mengumumkan perlumbaan 13 pusingan di sekitar Eropah namun meletakkan beberapa venue lain dalam pertimbangan termasuk Malaysia.

Bagaimanapun, bagi mempertimbangkan penganjuran di Malaysia, Dorna meletakkan syarat untuk membenarkan kehadiran pengunjung.

Namun,mengambil kira situasi pandemik Covid-19 dengan terdapat pertambahan kes positif, SIC membuat keputusan untuk membatalkan aksi tahun ini bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

“Bagi membenarkan SIC meneruskan penganjuran MotoGP tahun ini, kami perlu memastikan kes positif Covid-19 berada di paras kosong. Ini penting bagi memastikan keselamatan orang ramai tidak terjejas.

“Bagaimanapun, setelah mengambil kira semua faktor, kami membuat keputusan untuk membatalkan aksi musim ini,” jelas Azhan.

Keputusan tersebut dibuat bersama pihak berwajib dalam memastikan penularan wabak Covid-19 dikawal.

Sementara itu, Azhan tidak berselindung untuk SIC terus menghidupkan Litar Antarabangsa Sepang dengan pelbagai acara lain antaranya Track Day dan beberapa penganjuran lain bagi memastikan sukan permotoran dua dan empat roda termasuk pembangunan pelumba muda diteruskan.

Aksi MotoGP bersambung hujung minggu ini di Brno, Republik Czech.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube