Bikesrepublic

Pengguna Jalan Raya Lain Yang Perlu Beri Kerjasama – Pemangku Ketua Polis Kelantan

Polis Kelantan mengesahkan bahawa rakaman yang memaparkan sebuah kenderaan polis pengiring yang mengiringi dua trak tunda dan sebuah trak pikap di Jalan Gua Musang-Kota Bharu baru-baru ini sebagai sekadar menjalankan tugas.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menjelaskan bahawa kenderaan pengiring polis tersebut mempunyai arahan yang sah untuk mengiringi ketiga-tiga kenderaan terbabit di samping menjalankan tugas dalam skop undang-undang.

“Persoalan orang ramai mengenai video yang tular adalah kereta pengiring itu mengundang bahaya. Sebenarnya, kereta pengiring itu menjalankan tugas mengatur dan mengawal mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 iaitu tugas di jalan awam.

“Ini bermakna, pengguna jalan raya yang lain perlu memberi kerjasama sama ada memperlahankan kenderaan, memberi laluan kepada kereta pengiring atau berhenti bagi mengelakkan sesuatu berlaku.

“Kenderaan pengiring ada peraturan tersendiri malah mereka tidak boleh sewenang-wenangnya kerana sedang bertugas. Saya tidak menyalahkan sesiapa, namun mungkin ramai yang masih keliru dengan perkara tersebut,” jelasnya.

Pada masa sama, Muhamad Zaki meminta orang ramai untuk sentiasa beri kerjasama terutamanya berdepan kenderaan pengiring polis.

Terdahulu, rakaman ‘dashcam’ berdurasi 11 saat yang tular di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi terutamanya netizen yang mendakwa tindakan polis pengiring memasuki lorong bertentangan sambil mengiringi dua trak tunda dan sebuah trak pikap sebagai membahayakan. – KOSMO

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan