Bikesrepublic

Penonton Maut Dilanggar, Penganjur CCT Battle Of Champion Nafi Benarkan Orang Awam Berhampiran Litar

Hari terakhir tahun 2022 berakhir dengan tragedi apabila perlumbaan CCT Battle of Champion yang berlangsung di Litar Dato’ Sagor, Perak, telah meragut satu nyawa. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri yang menjelaskan bahawa seorang penonton maut selepas dilanggar  kereta yang terbabas ke kanan litar lalu memasuki laluan berumput.

Video kejadian tersebut turut tular di media sosial yang memaparkan dua kereta sedang berlumba sebelum terbabas lalu mengena mangsa yang sedang berdiri di kawasan rumput bersebelahan litar. 

Video tersebut juga memaparkan beberapa individu lain turut berada di tepi litar sekaligus mengundang pelbagai kritikan. 

Meskipun begitu, penganjur pertandingan, Yano Autopart meengaskan pihaknya telah pun melararang penonton untuk berada dekat dengan kawasan litar sewaktu perlumbaan berlangsung. 

Memetik laporan Kosmo, penyelaras pertandinga, Yano Al-Mahadzir, 10 marshal telah pun diberitahu mengenai aspek keselamatan sebelum itu.

Namun, Yano menjelaskan terdapat beberapa yang telah berlari dan duduk di kawasan kejadian sewaktu di lap terakhir.

Terdahulu, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, disahkan meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas ekoran bergesel dengan kereta lain berhampiran garisan penamat. – Kosmo

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan