Bikesrepublic

Petronas Cub Prix Dibenarkan Berlangsung Di Sepang Bermula 18 Disember Ini

Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memberi lampu hijau agar Petronas Cub Prix dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) secara tertutup dari 18 hingga 24 Disember ini.

Keputusan ini dijangka akan memberi kelegaan kepada semua pihak terutamanya para pelumba yang mengharapkan perlumbaan Cub Prix dibenarkan semula, sebelum ini.

Bagi memastikan acara dapat berlangsung dengan lancar, pihak SIC telah mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang wajib dipatuhi semua pihak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif turut meluahkan rasa bersyukur terhadap keputusan untuk membenarkan pertandingan itu bersambung.

“Bagi pihak SIC, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KBS, MKN dan KKM kerana memberi kelulusan untuk perlumbaan tempatan dijalankan bermula dengan perlumbaan PETRONAS Cubprix.

“Kami harap semoga semua yang terlibat dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Ini merupakan satu berita yang baik untuk industri sukan permotoran dan diharap perkara tersebut dapat dilanjutkan di masa akan datang,” jelasnya.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan