Bikesrepublic

Petronas Dan Mercedes-AMG F1 Team Perbaharui Kerjasama Melangkaui 2026

Sejak tahun 2010, kerjasama antara Mercedes-AMG F1 dan Petronas telah membentuk satu pasukan yang kukuh dan menggerunkan di pentas Formula 1. 

Dalam tempoh 13 musim sahaja, Mercedes-AMG Petronas F1 telah merangkul 8 kejuaraan dunia berpasukan dan 115 kemenangan Grand Prix, pencapaian yang sukar digugat pasukan lain di F1.

Bagi memastikan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 terus gah, pihak Mercedes-AMG F1 dan Petronas akan meneruskan jalinan erat itu melangkaui musim 2026.

Bagaimanapun, usahasama kali ini akan menyaksikan Petronas akan berlumba dalam mencapai masa depan yang lestari.

Ketika ini, Petronas sedang menyokong Mercedes dengan minyak bahan api mampan E10 yang mengurangkan penghasilkan karbon dioksida secara menyeluruh. 

Ini secara tidak langsung menyaksikan kerjasama berterusan antara Mercedes-AMG F1 dan Petronas bukan hanya sekadar mencapai kejayaan di pentas tertinggi sukan permotoran malah bersama-sama mencapai masa depan yang lebih bersih.

“Hari ini kami melakukan sesuatu yang luar kebiasaan – mengumumkan kerjasama yang akan bermula lagi empat tahun.

“Ini menghantar mesej yang penting iaitu kami bukan hanya rakan kongsi malah akan menjadi sebuah keluarga untuk banyak tahun lagi.

“Bermula 2026, bahan api mampan akan menjadi teras prestasi F1 jadi ini memberi kami peluang besar untuk membuktikan kepakaran dalam bidang ini menerusi Petronas Fluid Technology Solutions.

“Kami juga teruja untuk terus berlumba bersama Petronas di litar dan memacu peralihan sukan global kepada masa depan emisi sifar,” ujar Prinsipal Pasukan dan CEO Mercedes-AMG Petronas F1, Toto Wolf. 

Sementara itu, kerjasama dengan pasukan F1 yang berjaya terus mengukuhkan nama Petronas di peringkat antarabangsa.

Pada musim 2021, nama dan lencana Petronas pada jentera Mercedes-AMG F1 telah dilihat lebih 1.55 bilion penonton seluruh dunia, naik 4 peratus dari tahun 2020. 

Ketika ini, purata penonton perlumbaan F1 bagi tahun 2021 adalah 70.3 juta. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube