Bikesrepublic

Porsche Taycan Kini Di Malaysia – Dari RM725,000!

Sime Darby Auto Performance (SDAP) melancarkan jentera elektrik sepenuhnya, Porsche Taycan untuk pasaran tempatan, hari ini.

Terdapat tiga varian ditawarkan; Taycan Turbo S, Taycan Turbo dan Taycan 4S.

Meskipun bernadikan motor elektrik namun Taycan masih menawarkan pengalaman pemanduan seperti model Porsche lain.

Varian Taycan Turbo S dan Turbo merupakan model paling berkuasa ditawarkan Porsche dan dilengkapi dengan Porsche E-Performance.

Pada masa sama, pelanggan juga akan ditawarkan dengan program penyelenggaraan dan waranti empat tahun sama seperti yang ditawarkan pada model lain.

Menariknya, Taycan Turbo S dilengkapkan dengan mod Sports Plus dan Individual secara standard

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menurut Porsche, meskipun lahir sebagai model elektrik namun Taycan tetap menghadirkan pecutan dan kelajuan seperti kereta sports sebenar.

Tak hairanlah varian Turbo S mampu merekodkan kelajuan 0-100km/j hanya 2.8 saat sama dengan Porsche 99X.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bukan itu sahaja, bagi menjaminkan pengalaman terbaik, SDAP menawarkan tempat pengecas 22 kW Porsche Mobile Charger Plus dan Porsche Home Energy Manager.

Taycan Turbo S menawarkan 761 PS (750hp) dan 1,050 Nm sementara Taycan Turbo menghasilkan 680 PS (670hp) dan 850 Nm.

Turbo S mampu pergi sejauh 450 kilometer bagi cas penuh manakala Turbo menawarkan 412 kilometer dengan kedua-duanya mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 260 km/j.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Porshce Taycan juga merupakan jentera elektrik pertama yang menggunakan sistem 800 volt berbanding 400 volt digunakan kenderaan elektrik lain sekaligus membantu pengecasan bateri penuh dalam tempoh 36 minit sahaja menggunakan pengecas 175 kW.

Porshce Malaysia menawarkan Taycan serba baharu ini seperti berikut:

  • Taycan Turbo S : RM 1,195,000
  • Taycan Turbo : RM 999,000
  • Taycan 4S : RM 725,000

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube