Bikesrepublic

PREVIU: Yamaha Tracer 9 Dan Tracer 9 GT Baharu – Harga Umum 21 November Ini

Selain melancarkan Yamaha T-Max 560 dan MT-09 serba baharu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut mendedahkan Tracer 9 dan Tracer 9 GT 2021.

Kedua-dua model ini turut dinamakan semula dari Tracer 900 dan Tracer 900 GT sebelum ini.

Tracer 9 dan Tracer 9 GT ini turut menawarkan sesaran enjin yang lebih besar, 890cc bagi tahun 2021 sekaligus menyaksikan peningkatan kuasa sehingga 4hp.

Model 2021 ini kini menawarkan 117hp hasil daripada Yamaha meningkatkan stroke enjin CP3 kepada 3mm sekaligus menyaksikan pertambahan sesaran enjin sebanyak 43cc.

Menariknya, Yamaha berjaya menghasilkan enjin yang lebih ringan walaupun memiliki kapasiti yang lebih besar dengan kuasa yang lebih tinggi.

Selain daripada enjin 890cc yang kini Euro 5, Yamaha turut mengemaskini chasis Tracer 9 dengan kerangka Deltabox die-cast jenis aluminum yang kini 2 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Menyumbang kepada kerangka baharu adalah bahagian swingarm yang telah direka semula yang kini 60mm lebih panjang berbanding swingarm MT-09 bagi menawarkant tunggangan lebih stabil.

Bukan itu sahaja, Tracer 9 ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan IMU 6-axis dari R1 sepertimana yang terdapat pada MT-09 2021.

Sistem IMU ini mengawal selia kawalan traction, kawalan slide, kawalan wheelie dan kawalan brek termasuk ABS (anti-lock braking system).

Tracer 9 dan Tracer 9 GT juga menawarkan empat mod tunggangan dengan lampu LED depan dan belakang serta klac assist dan slipper.

Kedua-dua model turut dilengkapi sistem cruise control yang didatangkan secara standard berbanding model sebelumnya yang hanya terdapat pada Tracer GT.

Selain daripada perubahan enjin dan kerangka, Tracer 9 ini juga tampail dengan panel serba baharu dengan dua paparan TFT 3.5 inci merupakan ciri paling menonjol.

Skrin sebelah kiri memaparkan informasi motosikal antaranya kelajuan, gear dan mod tunggangan manakala skrin kanan menyiarkan informasi lain mengikut tetapan penunggang.

Sementara itu, Tracer GT tampil dengan aksesori ‘touring’ termasuk ‘suspension elektronik separa aktif dari KYB, quickshifter serta lampu LED cornering.

Sementara itu, menurut HLYM, harga bagi Tracer 9 dan Tracer 9 GT ini hanya akan diumumkan 21 November nanti.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube