Bikesrepublic

Rancak ‘Fly’ Di KL, Tujuh Lelaki Ditahan JSPT

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah menahan 25 individu atas pelbagai kesalahan trafik dalam satu operasi mingguan yang dijalankan di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Operasi melibatkan 80 pegawai termasuk anggota polis itu turut menyaksikan 660 saman telah dikeluarkan.

Turut ditahan tujuh lelaki selepas didapati menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan zig-zag, roket dan superman.

Perkara itu disahkan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh.

“Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 18 tahun itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” jelasnya.

Pada masa sama, Sarifudin memaklumkan pihaknya turut memberkas 13 lelaki berusia antara 28 hingga 28 tahun kerana memandu dalam keadaan mabuk manakala empat lelaki berusia 19 hingga 22 tahun juga ditahan selepas didapati memalsukan nombor pendaftaran kenderaan. – Kosmo

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan