Bikesrepublic

RASMI: Ducati Pilih Enea Bastianini

Ducati akhirnya membuat keputusan dengan mengumumkan Enea Bastianini sebagai gandingan baharu Francesco Bagnaia bagi saingan Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2023.

Keputusan itu dilihat agak mengejutkan tatkala pelumba Pramac Racing, Jorge Martin, terlebih dahulu dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan itu sebelum ini.

Ini sekaligus menyaksikan Martin akan terus kekal bersama Pramac bagi musim 2023.

Ducati mengambil masa dalam mengumumkan pengganti Jack Miller – yang akan ke KTM musim 2023 – kerana perlu memilih antara Bastianini dan Martin.

Namun, keputusan cemerlang yang direkodkan Bastianini musim ini ternyata menjadi faktor utama pelumba Gresini Racing itu dipilih menyertai pasukan factory Ducati.

Ini bermakna, Ducati akan menurunkan gandingan pelumba Itali pada tahun hadapan. 

Sementara itu, Bastianini akui berasa teruja dengan pengumuman tersebut yang mengesahkan tempatnya di pasukan factory Ducati bagi musim 2023.

“Saya sangat teruja kerana dapat menyarung warna rasmi Ducati tahun depan. 

“Ini adalah impian yang jadi kenyataan. Saya belajar banyak dalam tempoh dua tahun ini, dan saya yakin banyak lagi akan saya pelajari dengan bantuan jurutera dan pasukan Ducati Lenovo.

“Saya berterima kasih kepada Claudio, Gigi, Paolo dan Davide atas kepercayaan ini,” jelasnya. 

Dalam perkembangan sama, Martin dan Johann Zarco akan kekal sebagai rasukan sepasukan di Pramac Racing bagi musim 2023.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube