Bikesrepublic

RASMI: Petronas Penaja Utama Energica Tytlers Cycle Racing Di MotoAmerica

Petronas menerusi Petronas Lubricants International terus mengorak langkah dalam arena permotoran dua roda apabila diumumkan sebagai penaja utama pasukan Energica Tytlers Cycle Racing di kejuaraan MotoAmerica Super Hooligan. 

Ketika ini Energica merupakan satu-satunya pengeluar motosikal elektrik yang bertanding di MotoAmerica Super Hooligan bersama jentera ICE (enjin pembakaran dalaman) lain. Bagi musim 2023, Energica bersama-sama Tytlers Cycles Racing mempertaruhkan jentera Eva Ribelle RS yang ditunggang pelumba Columbia, Stefano Mesa. 

*Stefano Mesa

Sebagai penaja utama, jentera Tytlers Cycles Racing akan beraksi hujung minggu ini dengan menggayakan warna ikonik Petronas. 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan Petronas Lubricants International, Hezlinn Idriss menyifatkan kerjasama ini akan membuka peluang pada Petronas dalam membangunkan teknologi bendalir bagi jentera EV. 

“Petronas Lubricants International  sentiasa meneroka cara untuk menyokong pembangunan industri EV termasuk arena permotoran. Kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang untuk kami dalam membangunkan bendalir bagi pelbagai segmen EV termasuk trak, kenderaan komersil ringan, kereta penumpang dan motosikal. 

“Ini adalah bukti kemampuan kami dalam mencari penyelesaian terhadap penggunaan bendalir pada trenkuasa elektrik,” jelasnya. 

Untuk rekod, Energica Tytlers Cycle Racing beraksi di Kejuaraan Nasional Roland Sand Design’s Super Hooligan di MotoAmerica. Menariknya, pasukan ini merupakan satu-satunya wakil jentera elektrik dalam kejuaraan berkenaan. 

Sementara itu, Petronas pula akan menghulurkan bendalir generasi terbaru yang dicipta khas untuk kenderaan elektrik menerusi Petronas Iona. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube