Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah pun melancarkan TMax 560 2021.
Ini merupakan pelancaran rasmi (secara virtual) dilaksanakan pihak HLYM selepas hampir dua tahun ekoran pandemik Covid-19.
Meskipun secara virtual namun perasmian kali ini ternyata mengujakan dengan pelancaran TMax 560 serta previu dua model ‘big bike’ lain.
Yamaha TMax 560 merupakan skuter maxi mewah yang ditawarkan Yamaha yang tampil dengan rekaan moden dan ciri dinamik digabungkan dengan enjin 562cc dua inline yang menjana 47hp pada 7,500rpm dan 55.7Nm pada 5,250rpm.
Model ini juga tampil dengan pelbagai ciri terkini antaranya cakera brek berkembar dengan ABS dwi-saluran serta paparan TFT pelbagai fungsi.
- fork depan USD 41mm berwarna emas
- D-Mode 2 tahap
- traction control
- sistem Smart Key
- grip dan tempat duduk dengan pemanas
- penghadang angin boleh laras
- cruise control
Menurut HLYM, TMax 560 2021 ini ditawarkan pada harga RM72,288 dengan dua warna pilihan Power Grey dan Tech Kamo.