Bikesrepublic

“Ride For Sight” – Tunggangan Mohd Adib Dari Pulau Pinang Ke China

  • Encik Mohd Adib akan menunggang dari Pulau Pinang menuju ke China atas tujuan amal.
  • Dana yang diraih akan disumbangkan kepada St. Nicholas’ Home, Pulau Pinang.
  • St. Nicholas’ Home, Pulau Pinang, memberikan penjagaan buat orang kelainan upaya penglihatan.

“Ride for Sight” akan menyaksikan Mohd Adib menunggang dari Pulau Pinang ke negara China atas tujuan amal bermula pada 20 November 2018.

Tunggangan ini bertujuan untuk membantu St. Nicholas’ Home, Pulau Pinang. St. Nicholas’ Home menyediakan bantuan buat orang kelainan upaya penglihatan, yang mana antara mereka yang dibantu berumur dari 6 hingga 77 tahun, tidak mengira latar belakang, kaum, mahu pun agama. Mereka menyediakan program seperti bengkel kraftangan, memberikan preskripsi bantuan penglihatan, jagaan dan perkhidmatan penempatan kerja, rumah bagi warga emas kelainan upaya penglihatan, dan bermacam-macam lagi. Terdapat juga program kelainan upaya berbilang bagi mereka yang mempunyai kelainan upaya yang lain selain penglihatan.

Atas sebab inilah Encik Adib menamakan tunggangan ini sebagai tunggangan “Ride for Sight”. Tunggangan ini akan mengambil masa selama 27 hari untuk disempurnakan.

“Tunggangan ini akan bermula pada 20 November 2018 dan berakhir pada 15 Disember 2018/ Laluan yang telah saya rancang adalah Pulau Pinang – Thailand – Laos – Sempadan Segitiga Emas (Myanmar, Thailand, dan Laos) – Shangri-La – Tibet – Kunming – Laos – dan kembali semula ke Pulau Pinang,” ujar penunggang berusia 30 tahun itu.

Ini bukanlah tunggangan jarak jauh pertama Encik Adib di atas jentera Yamaha FZ150i-nya. Antara pencapaiannya sebelum ini adalah:

  • Tunggangan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia pada tahun 2013.
  • Tunggangan solo dalam “7 Nations Expedition” yang meliputi Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam, China, Laos, dan Myanmar pada tahun 2016.
  • Menyertai “Colombo Bike Week” di Sri Lanka pada tahun 2017.

Encik Adib akan menjana dana buat St. Nicholas’ Home melalui jualan baju-T eksklusif. Dia akan menderma 10% daripada setiap baju-T yang dijual kepada rumah amal tersebut. Baju-baju ini boleh didapati di laman Facebook Encik Adib dan Kembara Jiwa. Harga bagi setiap baju-T ini adalah RM50 (lengan pendek) dan RM60 (lengan panjang).

Encik Adib juga boleh dihubungi di talian 016-4734748 untuk maklumat lanjut.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube