Bikesrepublic

Sanggup Letupkan BMW M5 Competition Demi YouTube

Vlogger Rusia yang terkenal dengan nama LITVIN baru-baru ini memuat naik video dirinya meletupkan sebuah BMW M5 Competition sekaligus menjadi sensasi di ‘Youtube’.

Sebelum ini, dia telahpun menjadi bualan ramai pada Oktober 2020 susulan tindakannya memusnahkan sebuah Mercedes-AMG GT 63 S sebagai tanda protes terhadap pengedar jenama itu yang tidak mahu membaiki jentera mewah terbabit.

Video tersebut meraih tontonan melebihi 28 juta setakat hari ini.

LITVIN kembali pada tahun ini dengan video dirinya meletupkan jentera mewah BMW M5 Competition milik sahabatnya.

Video seperti ini dianggap sekadar meraih perhatian dan jumlah tontonan semata-mata walaupun dia mendakwa keputusan itu diambil atas dasar memberi penghormatan kepada salah seorang sahabat yang terbunuh di Moscow tahun lalu ketika memandu BMW M4 Competition.

Melalui perkongsian klip, LITVIN dilihat memandu kenderaan itu meredah salji sebelum meletakkannya di kawasan lapang.

Setelah menyimbah kenderaan itu dengan petrol, dia kemudian melepaskan anak panah yang menyala dengan api.

LITVIN berjaya mendapat sasaran tepat selepas beberapa kali percubaan yang menyebabkan BMW itu meletup.

Tindakannya yang mungkin dianggap berani, sebenarnya agak bodoh dan membahayakan diri.

Video terbaharunya itu sudah meraih tontonan mencecah 6.2 juta (setakat hari ini) hanya dalam masa tiga hari setelah dimuat naik di platform ‘Youtube‘.

Tidak mustahil, dia akan kembali dengan kandungan video melakukan kerja gila seperti ini pada masa akan datang.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube