Bikesrepublic

SEPULUH MOTOSIKAL YANG DINAMAKAN SEMPENA LITAR LUMBA (BAHAGIAN 2)

Moto Guzzi 850 Le Mans Mk I – Sumber imej www.motorcyclespecs.co.za

  • Ada suatu ketika di mana pengeluar menamakan motosikal mereka sempena litar lumba.
  • Namanya cukup mudah diingati dan juga teramatlah menarik sekali.
  • Ini ialah bahagian kedua dan terakhir siri ini, diakhiri dengan motosikal yang masih lagi dalam pengeluaran.

Dalam Bahagian 1, kami ada mengatakan bahawa betapa bosannya nama motosikal semasa yang hanya menggunakan format angka abjad, tetapi, pada Bahagian 2 Sepuluh Motosikal Yang Dinamakan Sempena Litar Lumba ini, kami dapati ada sebuah motosikal semasa yang masih dalam pengeluaran yang telah dinamakan dengan cara sedemikian, dan ianya sehebat namanya itu. Dapatkah anda teka motosikal tersebut?

Sepuluh Motosikal Yang Dinamakan Sempena Litar Lumba (Bahagian 1)

5. Moto Guzzi V50 Monza

Moto Guzzi V50 Monza – Sumber imej www.madeinitalymotorcycles

Moto Guzzi jelas sekali mempunyai masalah kewangan pada tahun 1973, sewaktu De Tomasso mengambil alih syarikat berkenaan, dengan sokongan kerajaan Itali. Pihak pengurusannya telah memutuskan bahawa motosikal berkapasiti lebih kecil, lebih murah adalah jalan penyelesaian mereka, dan dengan itu, menghasilkan motosikal V50 500cc, dan V35 350cc pada tahun 1976. Namun ia kurang mendapat sambutan, jadi, Moto Guzzi telah mencipta sebuah versi V50 yang lebih berkuasa, bergelar Monza paa tahun 1980. Model V35 juga turut menjalani perubahan yang sama dan telah dinamakan sebagai Imola.

4. Yamaha RD400F Daytona Special

Yamaha RD400F Daytona Special – Sumber imej www.motorcycleclassics.com

Dinamakan bersempena dengan litar lumba tersohor, Daytona, model RD400F Daytona Special 1979 ini dihasilkan untuk memperingati kejayaan Yamaha di litar tersebut dan juga merupakan motosikal dua lejang sah jalan raya terakhir di Amerika Syarikat. Apabila model RD350LC diperkenalkan, ia hanya dijual di Eropah, tetapi, telah diimport ke Amerika Syarikat sebagai motosikal khusus untuk pertandingan.

3. Triumph Daytona 500

Triumph Daytona 500 – Sumber imej www.bikesrestored.com

Apabila pelumba Amerika Syarikat, Buddy Elmer, memenangi perlumbaan Daytona 200 tahun 1966 di atas sebuah jentera Triumph Tiger 100, ianya merupakan kali pertama Triumph memenangi perlumbaan di litar berkenaan. Triumph kemudiannya melancarkan sebuah motosikal roadster dwi silinder, 500cc, yang dinamakan sebagai Daytona bagi memperingati pencapaian mereka (terdapat juga sebuah Tiger Daytona pada tahun 1967). Pada masa kini, di era Triumph Motorcycle Ltd., nama Daytona ini digunakan khusus untuk motosikal lumba keluaran pengeluar dari Hinckley itu. Rangkaian Daytona disanjung ramai atas prestasi dan pengendaliannya, sehinggalah ianya dihentikan secara berperingkat pada tahun 2017.

2. Moto Guzzi Le Mans

Moto Guzzi 850 Le Mans Mk I – Sumber imej www.motorcyclespecs.co.za

Moto Guzzi telah membina model 850 Le Mans Mk I berasaskan motosikal ikonik, V7 Sport 750cc, 1971, yang mana merupakan motosikal pengeluaran pertama yang dilengkapi dengan kotak gear lima kelajuan dan mencecah kelajuan 200km/j. Guzzi meningkatkan kapasitinya kepada 850cc, dan juga memberikannya cakera brek yang baharu. Ianya motosikal terpantas dan berpengendalian terbaik di dunia pada zamannya. Guzzi menamakannya, “Le Mans”, sempena litar lumba terkemuka di Perancis. Motosikal Moto Guzzi 850 Le Mans Mk I 1976 ini adalah motosikal Itali paling dicari-cari pada waktu ini.

1. Triumph Thruxton/Thruxton R

Pada tahun 1965, Triumph telah membina dengan tangan 52 buah motosikal sebagai model homologasi istimewa bagi membolehkan mereka bertanding dalam perlumbaan ketahanan motosikal pengeluaran, Thruxton 500 mile (800km). Ramai penggemar percaya bahawa siri perlumbaan inilah yang bertanggungjawab memulakan era motosikal café racer, di mana motosikal pengeluaran yang standard diubahsuai bagi mendapatkan prestasi tambahan.

Pada tahun 2004, Triumph Motorcycles Ltd. milik John Bloor telah menghasilkan model Thruxton 900 baharu sebagai motosikal café racer bagi rangkaian motosikal moden klasik Bonneville yang baharu. Pada tahun 2016, model Thruxton telah dirombak semula dan dilengkapi dengan enjin sejukan cecair 1,200cc baharu. Versi R yang lebih hangat juga telah ditambah, bercirikan brek Brembo, penyerap hentakan Öhlins, serta fork Showa BFF.

Hasilnya, model Thruxton R yang baharu ini adalah motosikal café racer pengeluaran terbaik yang ada di pasaran kini.

Triumph Thruxton R Test & Review

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube