Bagi yang nak merasakan pengalaman melintas jalan seperti di Shibuya, Jepun, orang ramai boleh ke Bukit Bintang bagi melihat tempat pejalan kaki baharu disiapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut DBKL tempat pejalan kaki itu baharu itu membenarkan orang ramai melintas ke setiap arah secara serentak ketika lampu merah berbanding sebelum ini.
Pertambahan tempat pejalan kaki ini dilihat bakal mengoptimumkan waktu melintas dan aliran trafik di kawasan tersebut.
Tempat pejalan kaki ini terletak di persimpangan antara Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang berhadapan McDonald’s.