Bikesrepublic

SPYSHOT: Benelli TRK 502X Serba Baharu Didedahkan

Tahun 2017 merupakan julung kalinya jenama motosikal Itali-Taiwan itu memperkenalkan TRK 502 untuk pasaran dunia.

Benelli TRK 502 X

Benelli TRK 502 merupakan motosikal segmen ‘adventure touring’ mampu milik yang menawarkan rekaan moden setaraf dengan jentera lain dalam segmennya meskipun taraf kualiti masih lagi dipersoalkan.

Bagaimanapun, Benelli dijangka memperkenalkan 502 terbaru berdasarkan imej ‘spyshot’ yang bocor di internet.

QJ SRT 500

Imej tersebut memaparkan sebuah jentera dengan lencana QJ SRT 500.

Bagi yang tidak mengikut perkembangan semasa jenama Benelli, QJ Motor merupakan syarikat motosikal milik Qianjiang Motorcycle, syarikat sama yang memegang jenama Benelli.

Sehingga kini, hampir kesemua motosikal QJ Motor dijenamakan semula sebagai Benelli untuk pasaran luar.

Benello TRK 502 datang dengan dua varian, dan imej ‘spyshot’ tersebut memaparkan varian 502 X yang menampilkan rim jenis jejari (spoke) berbanding aloi.

Bagaimanapun, perbezaan paling ketara ditonjolkan model baharu ini adalah rekaan yang lebih ‘kurus’ berbanding model sebelumnya sekaligus petanda positif dalam mengurangkan berat jentera dan memperbaiki prestasi enjin.

Model ini dijangka mengekalkan enjin parallel-twin 500cc namun dengan kuasa yang dipertingkat berbanding 47hp pada model sebelumnya, swingarm aluminium dan sistem penyerap hentakan daripada Marzocchi.

QJ SRT 500

Bahagian depan jelas memaparkan penggunaan lampu LED, dengan rekaan yang lebih tirus dan penghadang angin yang tinggi. Model ini juga didatangkan dengan ‘centre stand’ berdasarkan imej dikongsikan.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube