Bikesrepublic

SPYSHOT: Honda Civic Generasi Ke-11 Didedahkan

Honda bakal memperkenalkan Civic generasi baharu berdasarkan video ‘teaser’ yang dimuat naik.

Berdasarkan video bedurasi kurang 15 saat itu, Honda bakal perkenalkan Civic Prototype pada 17 November ini di platform Twitch.

Meskipun model ditayangkan tersebut hanya ‘prototaip’ namun dijangka akan menawarkan rekaan menyamai model sebenar berdasarkan ‘prototaip’ lain yang telah didedahkan sebelum ini.

Walaupun video tersebut menampakkan secebis daripada rupa keseluruhan Civic baharu ini namun sedikit sebanyak memberi gambaran Honda beralih ke rekaan berbeza.

Bagaimanapun, gambaran lebih jelas didedahkan menerusi imej ‘spyshot’ yang memaparkan Civic baharu itu menjalani ujian di Jerman.

Terlindung di sebalik corak ‘camouflage’, Civic baharu ini jelas menampilkan rekaan berlainan dan tidak lagi mendendangkan rupa ‘kanjo’ berbanding model sebelumnya.

*Sumber: CarScoops

Sebaliknya, reka bentuk Civic baharu ini seakan menyamai Accord di samping gril yang lebih lebar di bahagian depan yang dihimpit dengan penggunaan lampu LED dan DRL kiri dan kanan.

Sementara bahagian belakang juga seakan hilang bentuk ‘coupe’ dan tampak lebih formal.

*Sumber: CarScoops

Bagaimanapun, selain daripada reka bentuk yang hanya boleh dinilai secara ringkas, tiada maklumat rasmi mengenai enjin yang bakal menjana Civic baharu ini namun segalanya mungkin terjawab pada 17 November ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan