Bikesrepublic

Staf Proton Di Shah Alam Positif Covid-19

Proton memaklumkan bahawa seorang kakitangan di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Shah Alam telah didapati positif Covid-19.

Menurut kenyataan, pekerja terbabit telah dihantar ke pusat rawatan kerajaan sejurus selepas keputusan positif itu diketahui.

Sehubungan itu, Proton mengambil langkah proaktif dengan mengikut semua garis anduan ditetapkan kerajaan dalam usaha mengurangkan risiko penularan antaranya mengesan aktiviti kontak dari rakan sekerja.

Proton turut menjalankan pembersihan dan pembasmian kuman di sekitar kawasan terjejas.

Sementara itu, Proton memaklumkan staf terbabit tidak mempunyai sebarang kontak dengan pelanggan lantas mengurangkan risiko penularan ke orang awam.

Proton turut mengesyorkan pihaknya mengikuti semua garis panduan ditetapkan kerajaan dan pihak berkuasa.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan