Bikesrepublic

Suzuki GSX-S1000GT Serba Baharu Didedahkan – 150hp, 106Nm

Segmen motosikal grand tourer kini mendapat pesaing baharu, menerusi Suzuki GSX-S1000GT.

Menggantikan GSX-S1000F, model terbaru ini menawarkan segala aspek bagi sebuah motosikal ‘sports tourer’ antaranya tempat duduk yang selesa, sistem elektronik terkini dan ergonomik yang sporty namun praktikal terutamanya bagi yang gemar merekodkan perbatuan tinggi di hujung minggu.

Meskipun dibina menggantikan GSX-S1000F, model baharu ini tampil dengan rekaan serba berbeza dan langsung tidak mengikut acuan rekaan yang ditawarkan model Suzuki 2021 lain.

Bahagian fairing bersegi dipadankan bersama penghadang angin boleh laras manakala lampu LED penuh dilengkapkan bersama DRL (daytime running light).

Suzuki GSX-S1000GT ini dibangunkan daripada model GSX-S1000 (yang akan dilancarkan Disember nanti di Malaysia).

Ini bermakna, meskipun bercirikan ‘touring’, GSX-S1000GT ini dikuasakan enjin inline empat silinder Euro 5 daripada GSX-R1000 dan menawarkan 152hp pada 11,000rpm dan 106Nm pada 9,250rpm.

Bagaimanapun, beberapa komponen telah dikemas kini bagi menyesuaikan fungsi sebagai motosikal ‘tourer’ antaranya sistem ekzos serta air-box baharu.

Sementara itu, seperti GSX-S1000, motosikal baharu ini juga didatangkan dengan sistem ‘electronic actuated throttle’ dan Suzuki Intelligent Ride System yang merangkumi mod enjin, traction control dan cruise control.

Pada masa sama, Suzuki GSX-S1000GT ini turut bertulangkan kerangka aluminium jenis ‘twin-spar’ sama seperti GSX-S1000 kecuali bahagian ‘subframe’ yang telah diolah agar lebih kukuh untuk membawa pillion dan ‘panniers’.

Antara ciri lain yang menarik perhatian adalah skrin TFT 6.5″ yang menawarkan fungsi meluas antaranya sistem navigasi, jawab panggilan telefon dan kawalan muzik yang boleh diakses melalui aplikasi Suzuki mySPIN pada telefon pintar.

Ciri menarik lain yang turut ditawarkan:

  • tangki 19L
  • berat (kering) 226kg
  • fork depan teleskopik inverted
  • tayar 120/70-17 depan dan 190/50-17 belakang

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube